Thursday, June 26, 2014

Dekat Satu Langkah Untuk Dapat Kedai Cosway

Hari Jumaat 20 Jun 2014, mendapat panggilan Cosway untuk menghadiri Temuduga untuk mendapat kedai Cosway. Terkejut berbaur gembira menerima panggilan ini....terasa sudah menghampiri satu milestone dalam perjalanan untuk menjadi Jutawan. Alhamdulillah.

23 - 25 Jun 2014 - saya menghadiri kursus produk-produk Cosway. WOW!! banyak maklumat yang begitu menakjubkan tentang barangan yang di bawa oleh Cosway. Ternyata, tenaga pengajar Cosway mempunyai pengalaman yang sangat luas, bukan sahaja di dalam negara Malaysia, tetapi juga di luar negara. Sebab itulah Cosway mendapat tempat di negara2 yang maju seperti USA, Australia, UK, kerana barangan yang sangat berkuali dan juga 100% natural, mendapat piawaian tertinggi antarabangsa.

Bukan barangan luar negara sahaja yang Cosway ada, barangan buatan Malaysia, ECOMAX, yang diperbuat dari kelapa sawit, mendapat sijil ECO LABEL SIRIM yang pertama di Malaysia!!! Selamat digunakan, 100% Natural, tiada bahan kimia!! Baru ku Tahu!!!

Sekarang ni tengah pulun menghafal produk2 untuk menghadiri temuduga pada 8 Jun 2014!

Rabbi Yassir, Wala Tu Assir....Semoga Allah mempermudahkan segala urusan. Aamiin.

0 comments:

Post a Comment