Live Life to the Fullest

Live each day as if it's your last and overall just do it! Like they say Yesterday is history, Tomorrow is a mystery but today is a gift, that’s why it’s called the present. Life presents us with a lifetime of opportunities but the opportunity of a lifetime is got when right choices are followed. Be present to enjoy the moment. Each day is a fresh start with options just waiting to be explored, so what are you waiting for?

Never, Never, Ever Give up

Keep moving even if the progress is slow. If you really believe in what you're doing, work hard and pray hard. If there is a stumbling block, find another route. If there is no route, create one - but Never give up.

Unleash Your Talent

Don't waste your talent for something you are not passionate about. As long as your conscience is in a right direction, you will not go astray.

Note to Self

I don't have to take this day all at once, but rather, one step, one breath, one moment at a time. I am only one person. Things will get done when they get done.

Set Your Destination

Clarity is Power. Clear destination will lead to clear results and achievements.

Sunday, January 18, 2015

THE MONEY JARS SYSTEM - T HARV EKER


One of the key differences between how the rich and the poor play the money game is how they manage their money. It may not sound like the most "fun" subject, but once you realise how much more you'll enjoy the money you earn, you'll be hooked! T. Harv Eker discovered this system which he called...

THE MONEY JARS SYSTEM

It's so simple, anyone can do it. The key is to develop the HABIT of managing your money. The amount doesn't matter. Whenever you receive income, from salary, rentals, commissions, whatever, divide it into the following accounts...


Thursday, January 8, 2015

IKS (SME) - Cambahkan Perniagaaan Anda ke ASEAN

Hari ini saya berpeluang menghadiri 1st ASEAN MALAYSIAN YOUNG ENTREPRENEURS FORUM, walaupun umur saya tidak pun tergolong dalam Young Entreprenurs! Tiba-tiba rasa makcik sungguh! 

Tetapi, ilmu yang saya dapat ini telah mencetuskan perbahasan didalam minda dan perlu dikongsikan supaya ramai peniaga IKS (SME) diluar sana dapat meyediakan pelan tindakan yang lebih hebat dan mantop untuk tahun 2015!

LATARBELAKANG ASEAN

Tahukan anda negara ASEAN terdiri daripada 10 negara iaitu: Brunei, Cambodia, Indonesia, Lao PDR, Malaysia, Myanmar, Philippines, Singapore, Thailand dan Vietnam. 

ASEAN merupakan kumpulan ekonomi yang KETUJUH (7) terbesar di dunia, dimana Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara-negara ASEAN adalah berjumlah US$2.4 Trillion, mempunyai jumlah penduduk 640 juta! Banyak giler!!! Apa la makna semuanya ni yea?

Maknanya potensi pasaran perniagaan adalah sangat BESAR DAN LUAS...tidak terkongkong dalam Malaysia sahaja.

CABARAN IKS/SME di MALAYSIA

Dalam Forum pagi tadi, Tan Sri Dr Munir Majid, memberitahu, ada 3 masalah atau cabaran yang dihadapi oleh perniaga-perniaga IKS (SME), di Malaysia :

1) Kurang mengetahui atau menggunakan akses kepada pembiayaian
2) Kurang mengetahui atau menggunakan teknologi didalam Perniagaan
3) Kurang mengetahui maklumat dan kurang mengendalikan urustadbir pengurusan dengan cekap.

Ramai peniaga tidak melakukan pelaburan untuk teknologi didalam perniagaan mereka kerana mereka tidak mampu, dan mereka melakukan segala2 nya dari A to Z dengan menggunakan tulang empat kerat mereka. Dan mereka hairan, kenapa perniagaan mereka ditakuk lama dan mengeluh "kalaulah aku dapat klon diri untuk melakukan lebih banyak kerja".

Cara yang paling murah untuk klon diri, sebelum mendapat pekerja, adalah dengan melaburkan sedikit wang dan masa dalam teknologi dan pembelajaran didalam urustadbir pengurusan yang cekap. Dan juga membina satu proses yang seragam dan telus, supaya anda dapat "memecat" diri anda dari untuk melakukannya dan menumpukan tenaga anda dalam aktiviti perniagaan yang lain seperti menjana lebih pendapatan dengan membuka cawangan baru, plan pemasaran yang baru, dan sebagainya.


CIRI-CIRI PERNIAGAAN YANG BERJAYA

Banyak nasihat-nasihat yang berguna diberikan oleh ahli-ahli panel, saya cuma dapat intipati hikmahnya seperti berikut :


  • Apa-apa perniagaan yang anda jalankan, yang akan BERJAYA adalah perniagaan yang dapat melakukannya dengan cepat, cekap dan tinggi kualiti.
  • Sesuatu perniagaan itu bermula apabila kita dapat melihat satu masalah dan berpeluang untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dengan peluang itu, kita dapat membina perniagaan dan menjanakan pendapatan. Tapi jika kita tak nampak masalah yang hendak diselesaikan, maka kita tiada peluang itu! Lagi banyak kita dapat menyelesaikan masalah umum, lagi banyak peluang perniagaan dan pendapatan yang kita dapat janakan. 
  • Biasanya seorang ahli perniagaan mempunyai visi yang besar. Dengan visi tersebut dia dapat banyak cara untuk menyelesaikan masalah. Dimana dia dapat inspirasi untuk visi tersebut? Jika dia sendiri mengalami masalah  dan dia dapat lihat peluang untuk menyelesaikan masalah umum. Satu contoh yang diberikan oleh Mr Douglas Foo, Founder Sakae Sushi, dia mempunyai impian, apabila seseorang teringat dan memakan sushi, mereka akan ingat pada Sakae. Maka dia mempunyai impian untuk meletakkan Sakae dipersada global dengan sasaran 30,000 cawangan diseluruh dunia. Dengan visi tersebut, dia dapat membuka banyak peluang seperti pelaburan hartanah, kilang pemprosesan makan, syarikat pembiayaian dan sebagainya.
  • Jika anda telah mempunyai model pelan perniagaan, tetapi model pelan perniagaan itu tidak dapat membuat perniagaan anda bercambah (scale up), maknanya model pelan perniagaan anda itu adalah tidak betul. Musnahkan atau baiki model pelan perniagaan tersebut, dan bina yang baru. Biasanya model pelan perniagaan yang tidak betul adalah apabila perniagaan yang anda jalankan perlukan anda bekerja 24 jam dan orang lain tidak tahu bagaimana hendak lakukanya jika ketiadaan anda. Dokumen proses yang standard, atau automasikan proses yang dilakukan berkali2. "Buangkan" diri anda dengan menggantikannya dengan teknologi atau tenaga pekerja yang lain, supaya anda dapat melakukan perkara atau aktiviti lain yang dapat meningkatkan pendapatan perniagaan anda.

RUMUSAN

Sebagai ahli perniagaan,

  1. Sediakan model pelan perniagaan yang dapat bercambah (scale up) - Saya pun kena buang yang lama dan sekarang tengah buat yang baru...hehehe 
  2. Pastikan perkhidmatan/produk yang diberikan itu cepat, cekap dan bermutu tinggi, 
  3. Jangan kedekut untuk melaburkan wang anda dalam teknologi yang dapat "membuang" anda (insyaAllah syarikat saya Qaaf Resources www.qaaf.my akan menyediakan khidmat nasihat untuk para perniaga IKS (SME) untuk menggunakan teknologi asas (percuma/murah giler) untuk perniagaan anda - sila like www.facebook.com/qaafresources untuk mendapat maklumat terbaru)
  4. Tingkatkan ilmu pengetahuan dalam urustadbir perniagaan dan apa-apa yang berkaitan dengan perniagaan anda.
  5. Cambahkan perniagaan anda ke peringkat ASEAN, agensi MITI akan sedia membantu....katanya....

Monday, November 17, 2014

Siri: Jangan Derita Dalam Diam: Deodaran Semulajadi - Hilangkan Bau Badan

TAHUKAH ANDA:

Deodaran anti peluh - menghalang peluh dan bau dengan menyekat liang anda dengan sebatian aluminium. Ion aluminium memasuki sel-sel liang dan menyebabkan mereka membengkak. Ini adalah disebabkan saluran liang peluh akan dikecilkan dan ditutup dan mencegah peluh untuk dikumuhkan.


Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa pendedahan kepada aluminium dalam deodoran anti peluh boleh dikaitkan dengan penyakit seperti kanser payudara. Menurut penyelidikan, pemakaian berterusan deodoran anti peluh boleh membawa kepada pengumpulan kandungan aluminium dalam tisu payudara di sekeliling luaran payudara. Penyelidikan juga telah menunjukkan bahawa kanser payudara sering terjadi di bahagian atas payudara, yang paling hampir dengan kawasan ketiak di mana deodaran anti peluh biasanya digunakan. [1] [2]

Rujukan:
[1] Christopher E, Charle, L.M, Lester B, Martin C, Polwart A., Darbre P.D (2007), 
Aluminium in human breast tissue. Journal of Inorganic Biochemistry101 (9), 1344-13346
[2] Darbre p.D (2001), Underarm Cosmetics are a Cause of Breast Cancer. European Journal of Cancer Prevention, 10, 389-393


PENYELESAIANNYA :  L'élan Vital Naturals Deodorant

100% BEBAS Aluminium - Deodorant Selamat Untuk Perlindungan Harian!


- Memastikan anda segar dan kering

- Kawalan bau yang disebabkan oleh bakteria

- Bahan semulajadi yang berasaskan tumbuh-tumbuhan

- Bauan segar dan ringan

Formulasi unik yang mengandungi campuran Lemon Myrtle Australia, Witch Hazel dan ekstrak hop. Bahan-bahan ini menghalang pertumbuhan bakteria pada kulit tanpa menyekat saluran peluh anda.

Ringan dan Tidak melekit, mengandungi bahan-bahan semula jadi yang selamat dan gred makanan, dan juga diperkaya dengan chamomile dan aloe vera untuk menjaga kulit supaya sentiasa sihat.

Saya sekeluarga menggunakannya, kerana kami mempunyai bau badan yang agak ketara, sejak menggunakkan deodaran ini, bau badan telah hilang!

DAPATKAN IA DI-KEDAI COSWAY BERDEKATAN ANDA!

CERTIFIED TRAINER - HRDF

Minggu lepas adalah minggu saya menuntut ilmu pula. Saya telah menghadiri latihan untuk menjadi Pelatih bertauliah ("Certified Trainer"). Latihan ini dianjurkan oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) dan satu2nya sijil yang diiktiraf untuk membolehkan peserta yang menjalani latihan dimana2 syarikat latihan untuk mendapat "HRDF Claimable".





Mula-mula saya agak skeptikal dengan program latihan ini kerana sebelum saya menghadiri latihan ini, saya menerima pelbagai pandangan yang negatif seperti, latihan dan teknik yang agak yang terkebelakang, penyampaian trainer yang membosankan. Harapan saya adalah cuma untuk memperolehi sijil supaya syarikat saya dapat menawarkan latihan, dan syarikat yang menghantar pekerja mereka dapat membuat membuat tuntutan Skim Latihan HRDF.

Tetapi rupanya sangkaan saya meleset sampai tahap below ground zero apabila trainer saya MR SG membuka mulutnya dan memulakan latihan dengan pelbagai lawak kampung! Jangan ingat Mr SG ini hanya pandai lawak kampung sahaja, tetapi dia pernah berkhidmat di MNC dan syarikat persendirian pharmaceutical, mempunyai Sarjana Muda Microbiology dan mempunyai kepakaran dalam bidang pharmaceutical, kawalan kualiti, dan banyak lagi! A very down to earth Man, with impressive credentials!

Alhamdulilah, dengan latihan ini, saya mempelajari bagaimana hendak membuat sukatan pelajaran dengan cara tersusun dan yang paling penting, bagaimana hendak membuat penilaian samada peserta dapat mempelajari dan memahami apa yang kita ajar.

Yang penting dalam melatih, adalah anak murid dapat mempraktikkan ilmu yang diajar, bukan setakat angguk-angguk, dan cakap faham-faham, tapi sebenarnya "tidur".

Ada dua penilaian yang perlu dilalui dan lulus: 

1) Peperiksaan Bertulis (Open Book), dan 
2) Penilaian Penyampaian. 

Saya melakukan "presentation" How to create a paper boat - Origami Time dan slide saya mempunyai video seperti dibawah. Mr SG mengatakan "Eye Catchy Presentation Slides". Alhamdullilah.



How to create a paper boat from Tengku Intan Tengku Othman




Kata-kata semangat Mr SG pada saya "Infect others with your charm, positive energizing and humour. Secret recipe to become successful trainer in Malaysia." 

Terima Kasih Mr SG kerana mengajar kami dengan dedikasi dan tak jemu2 buat lawak supaya kami tak "tidur" dalam kelas!

Moto saya:  Bila "Sentuh" Sesuatu, Lakukan dengan bersungguh-sungguh. Kalau itu rezeki, Alhamdulilah. Kalau itu caci maki, ambil pengajaran dan terus gerak kehadapan. Selalu Bersangka Baik - Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Itu Adalah Janji Allah S.W.T.



Saturday, October 25, 2014

Perkongsian ilmu - Blog dan Website

Alhamdulilah, saya dapat berkongsi ilmu bersama ahli usahawan Cosway tentang kenapa kena ada blog dan laman sesawang sendiri.



Kita sekarang berada dialam era digital atau global atau online. Masa saya mula2 belajar mengenai IT, Degree yang saya ambil adalah dipanggil Sains Komputer. Masa tu memang takde web ni sume. Tapi masa saya membuat Master konsep ini memang telah di selidiki oleh para cendikiawan.

Saya mula mengenali web pada tahun 1995, sewaktu kerja di SIRIM. Disitu saya belajar menjadi trainer, buat sukatan pembelajaran untuk IT dan dokumentasi yang begitu banyak! semua untuk warga anggota SIRIM. Memang sampai naik muak. 

Sebagai salah satu khidmat sosial SIRIM, kami mengajar cikgu2 berkenaan komputer. Bayangkan saya kena ajar macamana nak "switch on" komputer kepada cikgu2 ni kerana TAKUT! TAKUT KOMPUTER PECAH! Saya kena terangkan, macam saya terangkan pada sesi tengahari tadi, ayat yang mudah difahami, supaya ilmu dapat dimanfaatkan. Cikgu2 tu begitu gembira, lepas dua hari, dah pandai "buka" komputer, pandai buka "word" dan tulis surat.

Jadi, pada sesiapa yang takut kat luar sana. Cuba aje dulu. Blog ni kita syok sendiri jugak. Ntah orang tengok, ntah tidak. Yang penting, kita ikhlas niat nak memberi ilmu atau mewar-warkan perkhidmatan anda yang begitu bagus! bak kata Dr Azizan Osman "dosa tau kalau tak kongsi...ala gurau pun tak boleh"



Friday, October 24, 2014

Dah lama teringin nak jadi Trainer....

Dah lama saya teringin nak jadi Trainer, saya cuba memohon jadi freelance sana-sini, rata2 memang tanya, ada pengalaman? ada certificate? Ada tu memang ada, tapi pengalaman saya perolehi bukan pengalaman yang mereka cari, pernah la memberi ceramah di conference dan juga di tempat kerja, tapi tak famous gitewww.

Law of attaction - apa yang anda inginkan dalam minda dan apa yang anda ingatkan dalam minda SETIAP HARI - energi anda akan menarik segala peluang mengenai tu.

Tup tup - 3 minggu kebelakangan ini - saya amat sibuk - sibuk menyediakan sukatan pembelajaran untuk ceramah dan pembelajaran eksklusif untuk syarikat2... subhanaAllah dan alhamdulilah..memang tak menang tangan...nak tahu apa yang saya kena sediakan...

1) The Corporate Game: What is it & How to win it - 29 October 2014 - Lecture Hall, UKM

Kalau nak hadir boleh layari web ini: Pendaftaran Seminar The Corporate Game

2) Accelerated Practical Learning: Service Management & Service Delivery - 4th - 5th November 2014 - Mesiniaga




Sedang sibuk buat "syllabus" saya di datangi pula peluang untuk memasarkan dan menjadi co-facilitator didalam IT Leadership dan Training dari salah seorang coach saya, yang sudi menjadi business partner. Jadi sibuklah saya membuat brochure2 untuk di "blast" kan kepada networking saya yang terdiri dari rakan2 IT. 

Kalau nak tgk hasil2 rekaan saya, layari www.qaaf.my (website pun buat sendiri!)


Dan esok, saya akan membuat sharing session bagaimana nak dirikan blog pada rakan2 Cosway. Dan mereka akan lihat cerita ini nanti!!! 

Wednesday, October 8, 2014

CARA MUDAH UNTUK MEMBUAT WEBSITE DIBAWAH RM100 - TETAPI NAMPAK PROFESSIONAL

1. DAPATKAN TAPAK LAMAN (WEB HOSTING) - RM100 Setahun

www,mybuddies.my/myhosting (Nyatakan NO SIRI: PR2010 Harga RM100 setahun, PR1010 harga RM60 setahun)


2. Pilih Nama Domain (nama laman web) www.nama_laman.my / www.nama_laman.com.my \

(PERCUMA dengan pendaftaran diatas!)


3. Install / Pasang Wordpress

(PERCUMA dengan pemasangan myhosting dari Mybuddies)


4. Langkah2 untuk membuat laman sendiri:



5. ATAU  hubungi kami untuk menghadiri kelas KHAS untuk ANDA!

Pertanyaan Mengenai Kelas Membuat Laman Web