Monday, November 17, 2014

CERTIFIED TRAINER - HRDF

Minggu lepas adalah minggu saya menuntut ilmu pula. Saya telah menghadiri latihan untuk menjadi Pelatih bertauliah ("Certified Trainer"). Latihan ini dianjurkan oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) dan satu2nya sijil yang diiktiraf untuk membolehkan peserta yang menjalani latihan dimana2 syarikat latihan untuk mendapat "HRDF Claimable".





Mula-mula saya agak skeptikal dengan program latihan ini kerana sebelum saya menghadiri latihan ini, saya menerima pelbagai pandangan yang negatif seperti, latihan dan teknik yang agak yang terkebelakang, penyampaian trainer yang membosankan. Harapan saya adalah cuma untuk memperolehi sijil supaya syarikat saya dapat menawarkan latihan, dan syarikat yang menghantar pekerja mereka dapat membuat membuat tuntutan Skim Latihan HRDF.

Tetapi rupanya sangkaan saya meleset sampai tahap below ground zero apabila trainer saya MR SG membuka mulutnya dan memulakan latihan dengan pelbagai lawak kampung! Jangan ingat Mr SG ini hanya pandai lawak kampung sahaja, tetapi dia pernah berkhidmat di MNC dan syarikat persendirian pharmaceutical, mempunyai Sarjana Muda Microbiology dan mempunyai kepakaran dalam bidang pharmaceutical, kawalan kualiti, dan banyak lagi! A very down to earth Man, with impressive credentials!

Alhamdulilah, dengan latihan ini, saya mempelajari bagaimana hendak membuat sukatan pelajaran dengan cara tersusun dan yang paling penting, bagaimana hendak membuat penilaian samada peserta dapat mempelajari dan memahami apa yang kita ajar.

Yang penting dalam melatih, adalah anak murid dapat mempraktikkan ilmu yang diajar, bukan setakat angguk-angguk, dan cakap faham-faham, tapi sebenarnya "tidur".

Ada dua penilaian yang perlu dilalui dan lulus: 

1) Peperiksaan Bertulis (Open Book), dan 
2) Penilaian Penyampaian. 

Saya melakukan "presentation" How to create a paper boat - Origami Time dan slide saya mempunyai video seperti dibawah. Mr SG mengatakan "Eye Catchy Presentation Slides". Alhamdullilah.



How to create a paper boat from Tengku Intan Tengku Othman




Kata-kata semangat Mr SG pada saya "Infect others with your charm, positive energizing and humour. Secret recipe to become successful trainer in Malaysia." 

Terima Kasih Mr SG kerana mengajar kami dengan dedikasi dan tak jemu2 buat lawak supaya kami tak "tidur" dalam kelas!

Moto saya:  Bila "Sentuh" Sesuatu, Lakukan dengan bersungguh-sungguh. Kalau itu rezeki, Alhamdulilah. Kalau itu caci maki, ambil pengajaran dan terus gerak kehadapan. Selalu Bersangka Baik - Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Itu Adalah Janji Allah S.W.T.



2 comments:

  1. salam Pn.intan...saya nak bermnat gak nak amik kursus ni..kalau x keberatan sya nak skit tips dari puan
    1) pembelajaran,persembahan n peperiksaan dlm english, campur2 atau melayu
    2)exam dia susah tak..hihi
    terima kasih atas perkongsian amat bermanfaat,smoga diberkatiNya.

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam, yang saya hadiri ni versi bahasa Inggeris, tetapi tenaga pengajar versi bahasa melayu akan diadakan. boleh layari website HRDF .

    exam tak susah..semua yang di belajar dalam kelas. tenaga pengajar akan bagi petunjuk. persembahan cuma 5 minit mengikut format yang akan diajar.

    ReplyDelete