Saturday, October 25, 2014

Perkongsian ilmu - Blog dan Website

Alhamdulilah, saya dapat berkongsi ilmu bersama ahli usahawan Cosway tentang kenapa kena ada blog dan laman sesawang sendiri.



Kita sekarang berada dialam era digital atau global atau online. Masa saya mula2 belajar mengenai IT, Degree yang saya ambil adalah dipanggil Sains Komputer. Masa tu memang takde web ni sume. Tapi masa saya membuat Master konsep ini memang telah di selidiki oleh para cendikiawan.

Saya mula mengenali web pada tahun 1995, sewaktu kerja di SIRIM. Disitu saya belajar menjadi trainer, buat sukatan pembelajaran untuk IT dan dokumentasi yang begitu banyak! semua untuk warga anggota SIRIM. Memang sampai naik muak. 

Sebagai salah satu khidmat sosial SIRIM, kami mengajar cikgu2 berkenaan komputer. Bayangkan saya kena ajar macamana nak "switch on" komputer kepada cikgu2 ni kerana TAKUT! TAKUT KOMPUTER PECAH! Saya kena terangkan, macam saya terangkan pada sesi tengahari tadi, ayat yang mudah difahami, supaya ilmu dapat dimanfaatkan. Cikgu2 tu begitu gembira, lepas dua hari, dah pandai "buka" komputer, pandai buka "word" dan tulis surat.

Jadi, pada sesiapa yang takut kat luar sana. Cuba aje dulu. Blog ni kita syok sendiri jugak. Ntah orang tengok, ntah tidak. Yang penting, kita ikhlas niat nak memberi ilmu atau mewar-warkan perkhidmatan anda yang begitu bagus! bak kata Dr Azizan Osman "dosa tau kalau tak kongsi...ala gurau pun tak boleh"



0 comments:

Post a Comment