Wednesday, September 10, 2014

Sementara Tunggu Kedai Cosway - Gunakan sepenuhnya bakat and masa yang ada

Alhamdulilah, dua hari lepas saya telahpun menandatangani kontrak untuk menjadi juruperunding IT untuk syarikat gergasi tempatan IT. Sementara menunggu kedai dari Cosway, saya dapat menggunakan sepenuhnya bakat dan masa agar tidak terbuang begitu sahaja. Dan dapat menjanakan pendapatan keluarga.

Apa yea sebenarnya kerja sebagai juruperunding IT ini? 

Untuk kontrak ini saya menggunakan toolkit yang telah saya cipta untuk menganalisa dan menilai perkhidmatan "Outsourcing" yang dilakukan oleh syarikat IT ini kepada pelanggannya, sekaligus mengesyorkan langkah-langkah untuk membaiki dan meningkatkan mutu perkhidmatan tersebut.

1) Saya akan menemuduga dan berbincang dengan pekerja-pekerja Syarikat IT dan pelanggannya untuk mendapatkan segala maklumat dan data-data yang berkenaan untuk dianalisakan. 

2) Setelah itu, segala maklumat, penemuan akan diletakkan di dalam toolkit yang saya cipta tu, dan akan terhasil satu tanda arah  yang menunjukkan dimanakah terletak mutu perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat itu kepada pelanggannya mengikut "Contract Obligation". 



3) Dan selepas itu barulah saya akan mengesyorkan langkah2 pembaikan dan penaikan mutu perkhidmatan di syarikat tersebut.

Itulah tugas saya sebagai juruperunding! Macamana nak jadi juruperunding - anda mestilah seorang yang berpegalaman dan pakar dalam bidang masing2, sehingga boleh mencipta reka proses atau benda yang baru.

Kata Brian Tracy, Pakar Motivasi Dunia, ada perlu membuat kerja tersebut selama 7 tahun, untuk melayakkan anda ditempatkan diantara 10% pakar-pakar dibidang yang anda ceburi. Saya dah ceburi dalam bidang ini selama 19 tahun....mungkin saya boleh menulis buku mengenai perkara ini!

Saya didalam proses menulis buku pertama saya - Autopilot Leadership - berkisar tentang macamana nak melayari bahtera kepimpinan dengan jayanya....nantikannya dipasaran.




0 comments:

Post a Comment