Friday, September 19, 2014

Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE)



SME Corp Malaysia baru melancarkan program baru untuk belia bumiputera - Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE),
Program dilaksanakan melalui melalui pembinaan ketahanan diri dan bimbingan ilmu keusahawanan termasuk aktiviti boot camp bagi membantu golongan belia Bumiputera berumur di antara 18 - 40 tahun untuk memulakan perniagaan.
Objektif :
Memupuk budaya keusahawanan di kalangan belia Bumiputera;
Anjakan paradigma daripada pekerja kepada pemilik perniagaan (menyediakan peluang pekerjaan); dan
Membentuk daya tahan dalam mengendalikan perniagaan
Syarat-syarat Permohonan
-Warganegara Malaysia Bumiputera berumur di antara 18 - 40 tahun
-Keutamaan kepada pemohon yang mempunyai sijil kemahiran dari institusi kemahiran tempatan
-Sihat dan boleh menjalankan sebarang aktiviti fizikal. Wanita yang mengandung adalah tidak digalakkan untuk menyertai Progam ini
-Belum memulakan perniagaan tetapi mempunyai minat yang mendalam untuk menjalankan perniagaan.
-Bagi pemohon yang telah menjalankan perniagaan, perniagaan mestilah kurang dari 12 bulan beroperasi
Pemohon tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah dan tidak pernah diisytiharkan muflis
Pelaksanaan terbahagi kepada 3 Fasa:
Fasa 1: Menghadiri latihan fizikal selama 7 hari berkonsepkan boot camp untuk menguji kecekalan minda, mempelajari cara membuat keputusan strategik, keberanian, penonjolan ciri kepimpinan, kerja berpasukan dan menguji daya tahan fizikal, disiplin dan survival
Fasa 2: Peserta yang berjaya melepasi fasa 1 dan 2 akan menghadiri Bengkel Asas Perniagaan selama 7 hari yang memberi pendedahan berkenaan lanskap perniagaan terkini termasuk asas perniagaan dan penyediaan pelan perniagaan
Fasa 3: Pelaksanaan Perniagaan (Sistem Buddy melalui penyeliaan dan bimbingan Kaunselor Perniagaan dan Kewangan serta Panel Penasihat Pakar PKS (SEAP) selama 12 bulan)
Penyaluran bantuan kewangan berjumlah maksimum RM15,000 akan diberi kepada peserta yang berjaya melepasi Fasa 1 dan Fasa 2 dan telah mendaftarkan perniagaan.
Selepas beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan, syarikat boleh memohon bantuan di bawah Program Enrichment & Enhancement (E²) yang disalurkan secara bayaran timbal balik (reimbursement basis) untuk syarikat membiayai kos-kos yang berkaitan dengan aktiviti penambahbaikan keupayaan perniagaan.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 September 2014
Permohonan secara online di :

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment