Alhamdulillah.....saya telah tamat menjalani latihan internship dan sekarang menunggu kedai dari Cosway. Saya telah mengemukan laporan lengkap pembelajaran saya selama 3 minggu dan upline saya amat berpuas hati dengan laporan tersebut.
Banyak yang saya pelajari tentang selok belok menjadi stokis Cosway dan saya yakin sesiapa yang ingin membuka perniagaan ini, seharusnya wajib menjalani latihan internship. Dari latihan ini, anda boleh pastikan samada perniagaan atau menjaga kedai adalah menjadi kesukaan anda atau sebaliknya.
Saya amat berterima kasih kepada Dymphna kerana memberi peluang kepada saya untuk menjalani latihan ini di kedainya dan Farah kerana menyakinkan Dymphna untuk mengambil saya.
Sepanjang saya dikedai, supervisor saya yang baru sahaja berumur 19 tahun, Ain, sangat sabar melayan kerenah makcik ni...hahaha. Saya amat bersyukur kerana dia sangat prihatin dan sbar mengajar saya. Tidak lupa kepada Kak Mid yang terus menerus memberi sokongan padu kepada kami. Kepada rakan-rakan intern yang bersama-sama dengan saya Zul, Farah, Cik Mie, you are the best, and we do work as a team.
Tak sabar rasanya nak mendapat kedai sendiri.....doa-doakan saya..
0 comments:
Post a Comment